Followers


Pada hari ini ada macam-macam brand vitamin yang boleh didapati di pasaran. Macam-macam suplemen dan makanan tambahan kita boleh nampak kat farmasi atau toko-toko jamu (eh ye ke?) Jadi, mungkin ada antara anda di luar sana yang terfikir atau tertanya-tanya dalam hati apa perbezaan suplemen Shaklee berbanding vitamin brand lain. Dalam erti kata lain, apa KELEBIHAN Shaklee berbanding vitamin lain ... Moh kita baca artikel di bawah ni..
 
NAK PILIH MANA SATU?.....sekarang ni kat pasaran berlambak bermacam-macam jenis vitamin... kat farmasi lagi la... berderet....tinggal tepuk dada dan tepuk wallet je..kan kan......habis tu kenapa saya pilih dan kongsikan di sini brand Shaklee?.....jom baca sekilas fakta tentang beza jenis-jenis vitamin (sintetik dan natural)...

Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ....Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural. Apakah vitamin sintetik dengan natural ni?OK kita semak satu-satu.

Penghasilan
Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dengan mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan
Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan
Vitamin natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tapi imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Haaa...tu diaa..panjang lebar penerangan tentang perbezaan dua jenis tu..... jadi pandai-pandai lah ye buat pilihan..saya dah pilih yg terbaik buat saya dan famili.... anda?....Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana-mana, shelves mana-mana, pembekal mana-mana… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, sama ada vitamin natural ATAU sintetik.

Jujurnya...saya sendiri hanya makan satu brand sahaja iaitu Shaklee...saya nak dapatkan result yang sangat puashati! Anda, bagaimana??


"Kecantikan bermula dari dalam"

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk consultation, contact me : 
Farah Liyana ,emel faralyana@gmail.com 
atau 
SMS (012-4073114)



Siapa yang tak suka tips kan. Tips kecantikan, tips susu banyak, tips rambut cantik, tips murah rezeki.. Tapi hari ni saya nak kongsikan Tips Membeli Set Penyusuan yang Terbaik untuk Anda. Bukan apa, set penyusuan Euphoria ada beberapa jenis. Ia mengikut keperluan dan keadaan ibu dan bayi (dan juga poket anda). Jadi, sebelum anda pening dalam membuat pilihan, mari saya bantu anda dengan memberi sedikit tips.






1. Set B : Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, B complex, Vitamin C, dan Alfalfa

Tips membeli
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan dan bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu namun si ibu perlu banyak minum air masak.
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit alahan (cirit-birit) dengan alfalfa.
  • Set ini hanya sesuai untuk mereka yang mahu memastikan nutrisi susuibu terjaga dengan baik.  


2. Set Eu Four Pack : Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, B complex, Vitamin C, dan Kalsium.

Tips membeli
  • Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan).
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS). Ia juga sesuai untuk ibu yang bekerja dan sering merasa keletihan melampau, mood yang cepat berubah dan mereka yang ada masalah tekanan.
  • Tidak kurang juga set ini sesuai untuk ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.

  +


3. Set E : Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, B complex, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
Tips membeli : 



4. Set 3M : Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, B complex, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.

Tips membeli
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set ini juga  sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat. 
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation - contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
  • Saya juga syorkan ibu-ibu yang mempunyai bayi kembar mendapatkan set ini kerana ia sangat membantu anda sihat, mampu mengawal tekanan dan badan juga mampu menghasilkan susuibu dengan cepat provided anda kerap mengepam dan memenuhi 3 syarat penyusuan.

Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Suplemen sangat membantu menampung kekurangan zat dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.

Buat renungan bersama....

” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian  dari saya sebagai Shaklee independent distributor anda.


Kredit: AnakkuWiraku


"Kecantikan bermula dari dalam"

*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk consultation, contact me : 
Farah Liyana ,emel faralyana@gmail.com 
atau 
SMS (012-4073114)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan