Followers

Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini sudah menjelang Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.

Apa yang boleh saya sarankan ialah...memandangkan kita mempunyai lebih kurang sebulan lagi untuk menemui bulan Ramadhan, ibu2 yang menyusu boleh melatih berpuasa mulai sekarang sama ada niat ganti atau niat puasa sunat. Contoh yang mudah difahami...cuba berpuasa Isnin , Khamis dan Jumaat terlebih dahulu. Ini untuk melatih tubuh kita bersedia dengan lebih baik khususnya bulan Ramadhan. Latihan ini membantu agar badan kita mudah 'tune' dengan keperluan penghasilan susuibu walau dalam keadaan berpuasa sebenar nanti. Waktu yang sama kita boleh berusaha memantapkan minda dan kekuatan rohani menjelang Ramadhan.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?




Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?




Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu 


Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.”
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.
Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.

Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.
Credit : anakkuwiraku.com

"Kecantikan bermula dari dalam"



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk consultation, contact me : 
Farah Liyana ,emel faralyana@gmail.com 
atau 
SMS (012-4073114)

credit to kak hasmah dan along azrina serta yoursupermom
~ Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa.
~ Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang.

Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buathyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping.

~ Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.

Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.

~ Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan.

~ Banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan.

Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu.

Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu.

Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok.

Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang. Jimatkan masa dengan menggunakan hands-free.

Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.

Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium




"Kecantikan bermula dari dalam"



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk consultation, contact me : 
Farah Liyana ,emel faralyana@gmail.com 
atau 
SMS (012-4073114)






Assalamualaikum!

Pagi ini saya rasa sangat terkesan dan bersimpati dengan seorang ibu yg telah menghantar emel berkenaan masalah penyusuannya.. Jadi hari ini saya selitkan satu entri berkenaan breastfeeding. Saya harap perkongsian ini dapat membantu ibu itu dan ibu-ibu lain di luar sana menjayakan penyusuan masing-masing!! Anda Boleh!

Sumber: Mommamia

Dalam usaha menyusukan bayi tidak semudah abc, 123... yer. Anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh penyusuan 2 tahun, InsyaAllah.

Semua kena tahu konsep demand Vs supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan... Seterusnya bergantung kepada USAHA + MINDSET + DOA. Selamat mencuba!!

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.  
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen  
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya...
ESP! 

Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "


Pengambilan ESP @ Energizing Soy Protein sememangnya diketahui mempercepatkan penghasilan susu badan, dengan syarat, anda mematuhi konsep asas penyusuan susu ibu iaitu ‘supply and demand’.Jom kita jengah satu lagi testimoni SET B bersama ESP oleh Puan Nur Ilham. (credit to Iffa Anuar) jom lihat..

Jadi dari sebelum ni, susu dpt pump 1 oz.. susu dari meleleh, dah memancut keluar dan jumlahnya ada peningkatan 2 oz... Alhamdulillah. 

Jadi, seperti yang selalu saya tekankan pada kawan2 saya, pengambilan suplemen memang sangat berbeza daripada pengambilan ubat-ubatan. Suplemen tidak bersifat dedicated tetapi ia memberi benefits secara menyeluruh. Pengambilan suplemen membantu memperbaiki taraf kesihatan kita, walaupun kesan yang didapati adakalanya agak lambat (kerana ia bergantung pada keadaan tubuh anda), namun ia bersifat memulihara.



"Kecantikan bermula dari dalam"



*Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Untuk consultation, contact me : 
Farah Liyana ,emel faralyana@gmail.com 
atau 
SMS (012-4073114)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan